Welcome to my blog. FOLLOW? | DASHBOARD?
Sweet Treats.
Entry


About


Shout


Links

Welcome :)


Hello. Welcome to MY HISTORY LOVE blog.
Feel free to navigate around. Thanks!





Credits


Skin+header designer : Ainnad_Rocks
Photos : Weheartit | Tumblr
Background : Kak Biyha

0 cookie(s) ● Khamis, 1 Disember 2011 ● 1:58 PG
Ehwaaa , apesal qu nakk bagii tips belajar ne ? ahaa :D takpe laa . daa lerlanjur . okee .
untuk kakak2 senior yang tengah nakk ready soraa untuk HOREE sebabb abes SPM tuhh . nanty2 laa yea , ue guys tgok duluu ne . manatau bergunaa right?
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
– Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
– Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
– Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
# tuu je laa qu nakk bagii :D hehehe . penattt tangan ne hahh ;)


Past Future